Assalamualaikum…

Setelah lama menyepi kini kembali, gembira rasanya kerana kita kini berada dalam bulan Ramadhan bulan keberkatan. Tahun ini saya menyambut bulan penuh berkah ini di kampung halaman saya. Sambutan bermula dengan program melihat anak bulan di pantai pasir panjang segari manjung.

Begitu ramai orang datang meluangkan masa bersama keluarga sambil melihat anak bulan apabila magrib menjelma, yang tidak dapat dilupakan orang cina pun sanggup hadir untuk melihat program ini jugak. Sementara menunggu magrib ceramah mengenai ramadhan diadakan oleh orang Jabtan Agama Islam Perak JAIPk. Setelah mendengar penguguman Tarikh Puasa pada 1 september 2008, terus bersiap untuk mengerjakan solat terawih di Masjid. Selepas terawih balik rumah terus tidur sbb esok nak bangun awal kan dlm kul 5.00 am.

Hari pertama keadaan cuaca yang tak menentu ini menyebabkan tidak terasa terlalu lapar begitulah seterusnya, tapi dapat berbuka dan berpuasa dengan keluarga memang best. Apabila pulang ke Shah Alam diserang demam, lemah je badan nak pi keje tapi dah cuti lama nanti keje banyak lak kan so gi je la dan sejak di shah alam ni hanya berbuka disurau untuk berjimat kerana duit banyak nak guna untuk siapkan rumah. Itulah antara kisah diawal Ramadhan tahun ini dan semakin sibuk untuk capai target KPI.

Diharap Ramadhan kali ini kita dapat isikan dengan memperbanyakan amal ibadat yang wajip dan sunat, lebih kusyuk dan ikhlas kerana Allah swt. Kepada semua amalan bersedekah jugak amat digalakkan sekadar yang mampu dan pastikan hilang sikap Riak. Insyaallah kita dapat melalui Ramadhan yang amat bernilai inidengan jayanya.

Advertisements