Assalamualaikum…

Setelah lama menyepi kini kembali, gembira rasanya kerana kita kini berada dalam bulan Ramadhan bulan keberkatan. Tahun ini saya menyambut bulan penuh berkah ini di kampung halaman saya. Sambutan bermula dengan program melihat anak bulan di pantai pasir panjang segari manjung.

Begitu ramai orang datang meluangkan masa bersama keluarga sambil melihat anak bulan apabila magrib menjelma, yang tidak dapat dilupakan orang cina pun sanggup hadir untuk melihat program ini jugak. Sementara menunggu magrib ceramah mengenai ramadhan diadakan oleh orang Jabtan Agama Islam Perak JAIPk. Setelah mendengar penguguman Tarikh Puasa pada 1 september 2008, terus bersiap untuk mengerjakan solat terawih di Masjid. Selepas terawih balik rumah terus tidur sbb esok nak bangun awal kan dlm kul 5.00 am.

Hari pertama keadaan cuaca yang tak menentu ini menyebabkan tidak terasa terlalu lapar begitulah seterusnya, tapi dapat berbuka dan berpuasa dengan keluarga memang best. Apabila pulang ke Shah Alam diserang demam, lemah je badan nak pi keje tapi dah cuti lama nanti keje banyak lak kan so gi je la dan sejak di shah alam ni hanya berbuka disurau untuk berjimat kerana duit banyak nak guna untuk siapkan rumah. Itulah antara kisah diawal Ramadhan tahun ini dan semakin sibuk untuk capai target KPI.

Diharap Ramadhan kali ini kita dapat isikan dengan memperbanyakan amal ibadat yang wajip dan sunat, lebih kusyuk dan ikhlas kerana Allah swt. Kepada semua amalan bersedekah jugak amat digalakkan sekadar yang mampu dan pastikan hilang sikap Riak. Insyaallah kita dapat melalui Ramadhan yang amat bernilai inidengan jayanya.

Advertisements

Tema hari kemerdekaan bagi tahun 2008 ialah Perpaduan Teras Kejayaan. Jika berminat untuk mengetahui tema-tema sebelumnya bolehlah pergi ke Tema Hari Kemerdekaan yang lalu. Di bawah ini dipaparkan logo sambutan ulangtahun kemerdekaan bagi tahun ini yang merupakan yang ke 51.
Logo Hari Kemerdekaan ke 51

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”.
3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.

3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.

Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

Jika sudah ada tema dan logo, tentu tidak lengkap jika tiada lagu tema jugakkan. Di bawah ni adalah lagu tema hari kemerdekaan ke 51 yang dicipta oleh Pak Ngah dan lirik oleh Lokgha;

PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa

Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni

Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani Ikhlas
Dihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita

Bersatu…….Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan

Berpadu……Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan

Lagu di atas boleh dimuat turun di Lagu Tema Merdeka ke 51.

Namun, masih signifikan kah sambutan kita. Adakah semua budget utk majlis ini berbaloi? Adakah rakyat kita sudah mengisi erti kemerdekaan yang sebenar? Kita tak dapat nafikan masyarakat sekarang banyak yang lalai, mereka lupa pengisisan kemerdekaan itu yang paling utama. Sekadar mengisi dgn konsert yang melalaikan, apakah itu merdeka apabila kita seperti berhibur dan berlibur seperti kita tidak akan mati. Ramai masyarakat Malaysia yang lupa untuk mengamalkan ISLAM YANG SEBENAR, Islam yang dibawa Rasulullah.

Jadikan negara Malaysia yang Maju dengan berlandaskan ISLAM, namun masyarakat Islam Malaysia semakin menuju kerosakan apabila nafsu dah harta menjadi kiblat mereka. Diharapkan kita dapat kembali mengamalkan ISLAM SEBENAR. Merdekakan diri anda dari nafsu serakah yang tak berlandaskan Iman kepada Allah swt. Semoga negara kita menjadi contoh Negara Islam Sejati. Aminn….

Assalamualaikum wbt.

Dah lama tak menulis gara2 kesibukan kerja menghadkan masa utk tujuan berblog ni, as PA masa byk dihabiskan melayan bos dan keje2 pejabat yg lain. Rasa terkilan jgk tak dapat menulis ni. Mr Amien dah mula protes ttg hal ni. Tapi percayalah la rozak mmg penat dan sibuk sgt. Balik umah pun ingat nak tidur je.

Bukan sekadar logo tapi lambang kesatuan bumiputra

Mengulas isu UiTM nak dibuka ini, rasa kecewa & amat terkilan sgt. Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat menuntut ilmu. Masa tulis ni sambil dgr berita TV3, anwar tgh kempen kat penang kata kita buka supaya orang melayu pandai bukan bodoh. Hello!!! Jgn mempolitikkan uitm k, ingat kami ni selama ni bodoh ke, ingat pelajar2 uitm ni tak bagus ke??? Semata- mata nak jd PM sanggup mengadaikan bangsa sendiri. Bangsa kita di uitm sentiasa bersaing, dia takpa la budak UM boleh la cakap mcm tu. Sedih sangat, seperti sign board kat pintu belakang uitm, uitm la hak melayu terakhir yang perlu dipertahankan (petikan titah Sultan Mizan). Byk hak melayu tergadai seperti MRSM, Matrikulasi dan banyak lagi, so fikir2kan la wahai bangsa ku yang mudah lupa.

Di sinilah kesatuan pelajar2 uitm diuji, tindakbalas pelajar2 uitm wajar dipuji. Mereka harus terus memperjuangkan hak mereka, selain itu ada terdapat beberapa cawagan yang kurang aktif dalam kesatuan apabila perhimpunan mereka kurang mendapat sambutan sekadar 500 org je. Di sini kita lihat terdapat cawagan yang tidak kuat utuh dr segi kesatuan pelajar, diharap MPP terus aktif menyatukan para pelajar. para pelajar juga jgn terus berasa selamat, buktikan kualiti para pelajar uitm.

Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada haknya bukan samarata, sbb orang melayu dan bumiputra orang asal malaysia depa lebih berhak berbanding bangsa lain. So, lu pikir la sendiri apa makna adil menurut islam itu sama tak apa yang diperjuangkan oleh parti itu. Orang kita pikir adil itu samarata tapi mereka SILAP dan nak menyilapkan org lain jgk.

Diharap bangsa melayu dapat bersatu dalam memajukan malaysia dibawah pentadbiran Islam dgn menepikan fahaman politik yang sempit, dah tiba masanya kita bersatu diatas dasar Islam bukan bangsa dalam menengakan hak kita. Jgn nanti kita menjadi seperti Singapore ataupun kita merempat ditanahair sendiri. Jangan la nak mengaibkan bangsa sendiri, bangsa lain berseronok. Jgn kerana gilakan kuasa, agama dan bangsa tergadai. jadilah pemimpin yang adil, jdkan lah Rasulullah sbg tokoh teladan utama semua yang mengaku Islam, jgn Islam pada nama je. cara hidup lebih kurang atau lebih teruk dr org bkn islam.

So, renungkan dan cuba muhasabah diri tuan2. ok, see u later.

Assalamualaikum…

Bertemu kembali, setelah saya tinggalkan dunia penulisan sebentar, memikirkan patutkan semua rasa hati i diluahkan disini, nanti tiada lagi rahsia plk. Setelah dapat sokongan dr Mr Amien, br semangat nak menulis tu dtg balik. Pikir2 nak tinggalkan je dunia penulisan ni tapi bila dpt injection semangat/sokongan moral ni, ok la i go on. Alang2 menyeluk pekasam, tapi goreng mkn dgn nasi pun sedap. Layan beb…

Cerita ttg sambutan birthday ni. Mcm yang dijangka dan hasil tulisan Mr Amien tiada apa yang istimewa. Masing2 sibuk dgn hal mereka. Saya seperti yang dijanjikan pegi makan Pizza Hut kat Damansara. Dah lama berhajat nak lepak2 kat IKEA tu. Tercapai jgk, rambang mata melihat barang2 interior design kat situ. Cantik sgt. Puas hati kalau beli, mmg class. Jalan2 kat The Curve best gak.Lepas jln2, balik rehat kat umah je.

Malam sambutan, adik2 kat kg telephone, memeriahkan suasana, mesej pertama dtg dr Mr Amien tapi tak baca, Rozak dah mengantuk sgt, tidur awal sabtu tu. Hari ahad diceriakan dgn sms dr celcom bgtau selama 7 hari call/sms ke 8pax no percuma happy nya. La ni tiap2 hari tel kg, sehari berkali2 percuma la katakan. Ada jgk yang lain2 hantar sms seperti Zul, Pn Nor , Pn Salwati & beberapa org lg. Tapi yg dinanti tak kunjung tiba, just nak pastikan mereka ingat ke idak. Itu je, bkn harapkan apa2 pun.

Namun yang pasti i love myself, dah program diet yg sdg berjln akan diteruskan dgn nekadnya. Harap2 dapat jd kurus, sesuai dgn jawatan PA yg kena kacak 24jam kan. baru class, see again soon. Daaaaaaa….

Assalamualaikum

Seperti yang dijanjikan saya menulis lagi, hari ni ttg siapa saya sebenarnya…. Hahahaha ada sapa yang tahu??? saya nak bagi hadiah ni, hadiahnya dapat dtg ke opis saya. Lawak je la, saya dilahirkan di Kg Padang Serai Batu Hampar 32700 Beruas Perak. So saya rajin sgt tanam serai kat tepi jalan, senang utk masak2kan.

Dilahirkan pada 3 Ogos 1983 bersamaan 23 Syawal 1403M so lebih afdal sambutnya 23 syawaL KAN. Tapi percaya tak? Sebenarnya, saya tak pernah menyambutnya sejak lahir, hari tu biasa saja. Cuma saya suka makan sedap2 seperti KFC, Pizza Hut, Kenny Rogers, Nandos and McDonalds mahupun Secret Receipi. Tapi saya paling jrg mkn McDonals sbb tak berbaloi, mahal sgt beb. saya pi pun masa time Prosperity Burger je. Lepas tu haram nak menyinggah, KFC lak kalau ada hadiah (mcm Radio, speakers) Masa tu br terpa pi la. Pizza tunggu promo pizza baru, rasanya kali ni makan Pizza kut kat Tesco Shah Alam. Nak senang sikit, relaks2 lepak2 mcm tu la. rancang je baru, tak pasti lagi.

Kita pi ttg hobi, selain suka mencuba resepi2 baru, baca novel, dgr lagu, jln2 ish macam macam la plk. semua rozak suka paling best suka riadah, panjat bukit, khemah, kayak, rakit dan mcm2 lagi saudara mereka ni, semua rozak suka.walaupun org ingat rozak ni manja, tapi suka aktiviti macam ni, rozak suka alam sekitar. Love green love peace, hahahaha.  Yang lain2 tu nanti rozak tulis lagi. Byk sgt kisah hidup ni. So bertemu esok, k.

Masa kerja kilang ayam, layak laaaaa.

Masa kerja kilang ayam, layak laaaaa.

Assalamualaikum kawan2…

Sorry la gua sibuk. Tak da masa nak siapkan blog ni, asyik tertunda je proses nya. Namun ada kisah disebalik pengaktivefan blog ni. Di sini lah kisahnya bermula, jeng-jeng. Mula2 kawan saya Mr Amien kenalkan dalam arena blog ni. So terpenggaruh la jap, namun terhenti sekejap bila vitamin M byk sgt so malas nak siapkan.

Namun episod kedua ni yang sebenarnya bermula, bila kawan i dah ada blog sendiri siap namakan busar arjuna lagi class gitu. Hahahaha, terus malam tu jgk saya siapkan blog ni dgn bertanya master Amien. Bermula la kisah dongeng dlm dunia rozak ni. Rozak start bersemangat nak menulis skrg, byk sgt yang rozak nak tulis & kemukakan pendapat disini. So ramai2 la berkongsi cerita kat sini ye…

Jumpa lagi di post akan dtg.